Trip Gunung Stong & Air Terjun Jelawang, Kelantan

Tarikh : 29hb Mei – 31hb Mei 2009.
Tempat : Gunung Stong & Air Terjun Jelawang, Dabong, Kelantan.
Kos : RM 150 Meliputi pengangkutan pergi/balik, guide , permit, peralatan & Makan Minum ketika trekking

ITINERARY
29 May :
11.30 mlm ~ Berkumpul di stesen LRT Gombak. (Stesen LRT terakhir)
Bertolak ke Kelantan melalui Gua Musang. Dijangka tiba di Resort Air Terjun Jelawang 5.00 am.

30 May : Hari Pertama
6.00 am ~ Sholat Subuh, sarapan ringkas. Daftar, jumpa guide dan taklimat ringkas. Bersedia untuk mendaki.
7.30 am ~ Mula Mendaki ke Baha’s Camp
9.00 am ~ Dijangka semua tiba di Baha’s Camp. Sarapan pagi
9.30 am ~ Teruskan pendakian ke puncak Stong
1.30 pm ~ Semua dijangka tiba di Puncak Stong, R&R.
2.30 pm ~ Bergerak turun ke Baha’s Camp.
Boleh Sholat Jamak di Gua Bogo@Kem Balak@ kat Baha’s Camp jika masih awal.
6.00 pm ~ Semua dijangka tiba di Baha’s Camp. Bermalam kat sini.

31 May : Hari Kedua
8.00 am ~ Sarapan. Acara Bebas di kawasan air terjun.
12.00 am ~ Bergerak turun ke Resort
1.00 am ~ Semua dijangka tiba di Resort. Berkemas2 diri dan peralatan.
2.00 pm ~ Bertolak pulang selepas sholat zohor,. Singgah makan tengahari di dalam perjalanan.
9.00 pm ~ Dijangka tiba KL, InsyaAllah.

Kepada sesiapa yang nak join trip ni bolehlah menghubungi Rosmal Shariff 013-3388741.

bahas-camp
**Gambar ~ View dari Baha’s Camp. (Petikan dari Internet)

** Itinerary di atas adalah berdasarkan pengalaman/anggaran.

Sedikit Info Gunung Stong & Air Terjun Jelawang.
Sedikit Info mengenai Gunung Stong, Air Terjun Jelawang dan persekitarannya.
Taman Negeri Gunung Stong terletak di Kelantan dan tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia. Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna, dan gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya. Kawasan ini juga merupakan kawasan tadahan air bagi Sungai Kelantan dan memainkan peranan penting sebagai kawalan sewaktu musim banjir dan kemarau.Antara tarikan di sini ialah air terjun Jelawang, setinggi tujuh tingkat dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia. Haiwan yang ditemui di sini termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir.

Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666′ a.p.l. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik meeting, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian. Terdapat 2 lagi trek ke Baha’s Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang di ketinggian 1404′ a.p.l. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.
Pendaki boleh tiba di Baha’s Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha’s Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang. Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha’s Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun 2 Gunung.

Gua Rantai
Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai didalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi satu keseronokkan apabila memasukinya.

Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri
Air terjun ini juga agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini samaada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.

Telaga Tujuh
Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.

Air Terjun 2 Gunung
Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.

Advertisement

7 Comments

  1. madz38 said,

    May 11, 2009 at 11:47 am

    Saya berhajat sangat nak ikut trip ni, malangnya ada kenduri kahwin anak buah. Keep posting your future hiking trips.

    • June 8, 2009 at 2:51 am

      InsyaAllah di lain masa. Setiap bulan saya akan mengadakan sekurang-kurangnya satu trip mendaki. InsyaAllah Julai nanti trip mendaki G Berembun/Air Terjun Chemerung/AT Lasir di Terengganu.

  2. radzi said,

    June 2, 2009 at 8:27 pm

    Tuan, cerita lah sikit pengalaman naik Gunung Stong tu!

  3. June 8, 2009 at 2:52 am

    InsyaAllah. Buat masa ini saya hanya postkan gambar2 sahaja di dalam galeri trip.

  4. yus said,

    July 1, 2009 at 6:14 am

    salam Bro…akhir bulan julai ni, aku akan berangkat ke jelawang..trip dari team Pelopor..kira ini adalah pertama kali aku jejakkan kaki ke sna..thnx d ats maklumat b’guna ni Bro..

  5. nazri said,

    July 25, 2009 at 6:45 am

    ada no fon guide gunung stong tak?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.